Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL
dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
Nama Betul
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu
yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti
tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu
secara am atau umum.
Manusia
, orang
|
ayah,
perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
|
binatang
|
ayam,
gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
|
tumbuh-
tumbuhan
|
pokok,
betik, rumput, lalang dll
|
benda
|
pasir,
kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
|
tempat
|
pejabat,
pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
|
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang,
atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan
atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan
kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada
awal ayat.
Contoh:
Dia
sedang menjinakkan seekor gajah.
|
Pada
akhir ayat
|
Gajah
itu berbadan besar.
|
Pada
awal ayat
|
Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan
untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang
tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan
sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu,
khusus atau khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45,
Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr.
Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang,
Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala
Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
|
Zaidi,
Mei Fong,
Subramaniam
|
binatang
|
Tompok
(kucing),
Jalak
(ayam)
|
tempat
|
Muar
(daerah),
Seremban
(bandar),
Jepun
(negara)
|
bangunan
|
Pudu
Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara
Tun Razak (pejabat)
|
judul
buku
|
Keluarga
(majalah),
Rentong
(novel),
Kamus
Dewan ( buku)
|
benda
|
Proton
Perdana
(kereta),
Pilot
(pen),
Seiko (jam)
|
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan
|
Kata
Nama Am
|
Kata
Nama Khas
|
Benda
|
bangunan
kereta
buku
sekolah
|
Bangunan
Tabung Haji
Proton
Saga
Bahasa
Melayu
S.K.
Darau
|
Orang
|
doktor
kerani
guru
budak
lelaki
|
Doktor
Efendi
Puan
Zainun
Cikgu
Azmi
Muhamad
Fauzi
|
Binatang
|
kucing
lembu
katak
ayam
burung
|
Si
Tompok
Lembu
Sapi
Katak
Puru
Ayam
Belanda
Burung
Murai
|
Tempat
|
negeri
bandar
kampung
tasek
|
Terengganu
Jerteh
Kampung
Pasir Akar
Tasek
Perdana
|
Tumbuhan
|
pisang
cili
jambu
limau
|
Pisang
Emas
Cili
Padi
Jambu
Batu
Limau
Kasturi
|
Kata nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
di awal kata (
awalan )
di akhir kata (
akhiran )
di awal dan di
akhir kata ( apitan )
Sila teliti contoh-contoh imbuhan :
di
awal kata
|
pe- ,
pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
|
di
akhir kata
|
-ita,
-man, -wati, -an, dan -wan
|
di
awal dan di akhir kata
|
per-
-an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an
|
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan
terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
kelas
kata
|
kata
dasar
|
kata
terbitan
|
kata
kerja
|
peraga
latih
bawa
lawan
|
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan
|
kata
sendi
|
oleh
untuk
|
perolehan
peruntukan
|
kata
nama
|
lombong
rumah
guru
|
perlonbongan
perumahan
perguruan
|
kata
adjektif
|
cantik
besar
tinggi
|
kecantikan
pembesar
ketinggian
|